hanya 3 doa. biiznillah
Doa Untuk Cepat Bertemu Jodoh
Di dalam
rancangan Semanis Kurma,Ustazah Norbahyah ada memberikan 3
doa untuk cepat bertemu jodoh dan berkekalan selamanya.Jodoh
yang baik sudah pasti akan menjamin kerberkatan rumahtangga dan seterusnya
melahirkan ummah yang cemerlang dan terbilang.
Lagipun jika anda berkahwin,anda telah meramaikan lagi jumlah umat islam
di muka bumi ini.Bahkan ada juga sabda Nabi dalam Perkahwinan yang diriwayatkan
oleh Al Bukhari iaitu
Perkahwinan
itu sunnahku,sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia bukan dari kalangan
umatKu
Jelas memperlihatkan mengapa orang islam digalakkan untuk berkahwin.
Doa Untuk Cepat Bertemu Jodoh Yang Soleh
Kelebihan surah Yusof ayat 4
surah yusuf ayat 4
(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya.Wahai
ayahku!Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan
dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.
Terdapat beberapa kelebihan surah yusof dan diantaranya adalah orang
akan hormat dengan diri kita dan tidak akan marah tanpa sebab yang munasabah.
Kelebihan surah Yunus ayat 81
surah yunus ayat 81
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu),Nabi Musa berkata,Apa yang
kamu datangkan itu,itulah sihir sesungguhnya Allah akan mendedahkan
kepalsuannya(dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) Sesunggunya Allah
tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
Adakalanya tanpa kita sedari,sebenarnya ada manusia yang mempunyai
perasaan dengki terhadap diri kita.Walaupun dihadapan kita sikapnya adalah
terbaik,tetapi dibelakang,dia cuba 1001 cara untuk menjatuhkan diri kita hanya
untuk kepuasan yang sementara.Oleh itu dengan mengamalkan doa dari surah yunus
ini,kita berdoa agar dilindungi dari sebarang ilmu sihir kerana yakin dan
percaya semua kekuasaan adalah hanya dari Allah S.W.T sahaja.
Kelebihan surah Qasas Ayat 24
surah qasas ayat 24
Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki
pemberian yang Engkau berikan.
Ketika Nabi Musa A.S berdoa dengan ayat ini,baginda adalah seorang yang
fakir dan amat memerlukan pertolongan daripada Allah pada ketika itu.Di dalam
sejarah ada menceritakan selepas itu Nabi Musa telah mendapat perkerjaan dan
berkahwin dengan salah seorang puteri yang ditolongi olehnya pada ketika dia
berada dalam kesusahan.Oleh itu kita seharusnya berdoa dan meminta hanya kepada
Allah dan biarlah keadaan dimana jiwa kita dalam keadaan yakin 100% kepada
Pencipta.
Ketiga-tiga ayat diatas adalah sesuai diamalkan untuk cepat bertemu
jodoh dan InsyAllah setiap perkara yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya.
try laaaa. kawan saya dah cuba. Alhamdulillah, dengan izin Allah. beliau bermimpi tentang lelaki itu. mungkin bakal imamnyaaaaa? jodoh itu rahsia Allah :)